Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Penemuan puluhan mayat yang dibunuh oleh pengganas Wahabi di tebing sungai Bustan al-Qasr menjadi tajuk hangat berita di Syria kelmarin. Menurut laporan Presstv, mangsa pengganas ini berjumlah kira-kira 80 orang.Pihak keluarga beberapa mangsa pembunuhan ini mengesahkan ahli keluarga mereka telah diculik oleh kumpulan Wahabi yang menggelarkan diri mereka sebagai Jabhat al-Nusra kerana enggan bekerjasama dengan pengganas.Pihak berkuasa yang mengiringi keluarga mangsa untuk mengecam mayat turut mengesahkan siri kekejaman pengganas yang disasarkan kepada penduduk awam ini.
Sumber berita rasmi Syria (SANA) turut malaporkan pertempuran terjadi antara pihak askar kerajaan dan pengganas di luar kawasan tersebut sambil menambah bahawa askar Syria tidak berada di kawasan terbabit.SANA melaporkan pihak berkuasa Syria sebelum ini telah memasang kawat duri di sepanjang sungai bagi mencegah pengganas menyusup ke kawasan aman."Mayat yang dilaporkan oleh pengganas dan media sesat telah ditemui bergelimpangan di kawasan pengganas... Sekiranya mereka ini dibunuh di kawasan aman, sudah tentu tubuh mereka tersangkut di kawat berduri sebelum sampai ke tempat penemuan," ujar wartawan yang bertugas di kawasan terbabit.Menurut wartawan, air sungai terlalu cetek dan bertakung. Oleh itu ia tidak dapat menghanyutkan mayat-mayat ke sepanjang sungai.